NAK CERITA SIKIT

>> Jumaat, 12 Julai 2013

Mungkin apa yang aku cerita ni akan mengejutkan korang semua... Selalu betul aku bila tengok orang konvoi mesti pakai motor besar-besar dan berkuasa tinggi... Kenapa la ye??? Nak glamour ke atau nak kasi tunjuk sengat je???

Contoh motosikal berkuasa tinggi, Yamaha R1

Sedangkan aku telah sampai ke sempadan Malaysia-Thailand dengan hanya menunggang Yamaha Sports 2 atau orang kampung panggil Yamaha Sukan je... Malah motor aku tu juga telah mengharungi jalan Pengkalan Hulu-Jeli tanpa sebarang masalah... Malah telah juga tamat mengharungi sepanjang jalan Kota Bharu-Gua Musang pada waktu malam yang memang betul-betul gelap kerana tiada lampu jalan langsung sepanjang jalan tersebut...

Gambar Yamaha Sports 2 yang tahan lasak macam kuda belang...

Jalan Kota Bharu-Gua Musang pada waktu pagi le...

Dan yang paling manis lagi aku juga telah 'menakluki' Jalan Bukit Fraser menghala ke Kuala Kubu Bharu yang memang terkenal dengan jalannya yang berpusing-pusing, berbukit, bergaung serta yang paling cantik sekali banyak air tejun mini di sepanjang jalan tersebut...

Jalan Bukit Fraser-Kuala Kubu Bharu semasa waktu pagi...

Bagaimana pula dengan ketakutan pertama aku semasa pertama kali melintasi Jambatan Pulau Pinang yang mana di bawahnya terbentang laut yang dipenuhi ikan jerung putih (kalau adalah) dan aku pada masa itu berharap semoga aku tidak terjatuh ke dalam laut itu... Dengan kesibukan kenderaan dan juga kedalaman laut, aku hanya mengharapkan perjalanan aku selamat sahaja...

Pemandangan dari atas Jambatan Pulau Pinang...

Insya Allah aku akan menulis secara detail cerita sepanjang pengembaraan aku mengelilingi Tanjung Malim-Padang Besar, Padang Besar-Pengkalan Hulu-Kota Bharu dan Kota Bharu-Gua Musang-Kuala Kubu Bharu-Tanjung Malim... Memang Best!!!

(Perhatian!!! Gambar-gambar ini hanya sekadar hiasan sahaja kerana gambar-gambar asal telah hilang setelah laptop aku di format... ADUH...)




Read more...

IMPIAN SAYA...

>> Ahad, 7 Julai 2013


Manusia mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengembirakan hatinya...

Bukan semua orang yang mahu menjadi hamba kepada duit... Bila habis sahaja belajar maka teruslah mahasiswa itu bekerja untuk mencari duit... Dan dikatakan oleh majoriti orang yang hidup ini hanya semata-mata untuk mencari duit sahaja... Jadilah seseorang itu hamba kepada duit dan bertuhankan duit walaupun pada zahirnya dia solat dan bersyahadah seperti orang Islam yang lain...

Adakah duit penentu keseronokan manusia???

Ada pula yang lepas habis belajar terus nak kahwin... Alang-alang dah ada makwe@pakwe, konek dah gatal nak merasa teruslah kahwin muda walaupun akal belum sempurna lagi... Lepas tu baru je 5 tahun kahwin terus nak bercerai sebab bosan dan menyesal kahwin muda pasal banyak lagi benda yang belum dibuat lagi...

Contoh pasangan berkahwin, Apek dan isterinya...

Kita semua ada impian betul tak??? Tapi bila kita dah dewasa maka impian tersebut terkubur seiring dengan pertambahan umur kita... Bagi saya lebih baik kita mencapai impian kita terlebih dahulu barulah kita menunaikan tanggungjawab kita yang lain tanpa rasa sesal dan sedih...

Impian Martin Luther King Jr tercapai selepas kematiannya, tercapaikah impian anda???

Impian hidup saya ialah mengembara di bumi Allah ini... Saya nak melihat kawasan dan negara yang belum pernah dilihat oleh saya sebelum ini... Dan sebelum ini saya telah membuat beberapa ekspidisi pengembaraan solo menjelajah sekitar Semenanjung Tanah Melayu...

Jadi apa impian anda? Capailah impian anda sebelum TERLAMBAT!!!

 
Terlambat pergi sekolah takpe...




Read more...

SELAMAT DATANG...

>> Khamis, 4 Julai 2013

Assalamualaikum semua... Selamat datang ke blog musafir rawa... Blog ini lebih kepada blog cerita pengembaraan yang telah dilalui oleh saya.


Selain daripada pengalaman pengembaraan saya, sedikit sebanyak saya juga boleh berkongsi pengalaman bagaimana ingin survive dalam pengembaraan anda dalam keadaan yang ekstrem dan juga panduan-panduan berguna yang boleh dijadikan panduan untuk bakal-bakal musafir nanti.

 
Backpacker juga salah satu contoh musafir...

Selamat membaca kepada pengunjung semua...


Read more...

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP