IMPIAN SAYA...
>> Ahad, 7 Julai 2013
Manusia mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengembirakan hatinya...
Bukan semua orang yang mahu menjadi hamba kepada duit... Bila habis sahaja belajar maka teruslah mahasiswa itu bekerja untuk mencari duit... Dan dikatakan oleh majoriti orang yang hidup ini hanya semata-mata untuk mencari duit sahaja... Jadilah seseorang itu hamba kepada duit dan bertuhankan duit walaupun pada zahirnya dia solat dan bersyahadah seperti orang Islam yang lain...
Adakah duit penentu keseronokan manusia???
Ada pula yang lepas habis belajar terus nak kahwin... Alang-alang dah ada makwe@pakwe, konek dah gatal nak merasa teruslah kahwin muda walaupun akal belum sempurna lagi... Lepas tu baru je 5 tahun kahwin terus nak bercerai sebab bosan dan menyesal kahwin muda pasal banyak lagi benda yang belum dibuat lagi...
Contoh pasangan berkahwin, Apek dan isterinya...
Kita semua ada impian betul tak??? Tapi bila kita dah dewasa maka impian tersebut terkubur seiring dengan pertambahan umur kita... Bagi saya lebih baik kita mencapai impian kita terlebih dahulu barulah kita menunaikan tanggungjawab kita yang lain tanpa rasa sesal dan sedih...
Impian Martin Luther King Jr tercapai selepas kematiannya, tercapaikah impian anda???
Impian hidup saya ialah mengembara di bumi Allah ini... Saya nak melihat kawasan dan negara yang belum pernah dilihat oleh saya sebelum ini... Dan sebelum ini saya telah membuat beberapa ekspidisi pengembaraan solo menjelajah sekitar Semenanjung Tanah Melayu...
Jadi apa impian anda? Capailah impian anda sebelum TERLAMBAT!!!
Jadi apa impian anda? Capailah impian anda sebelum TERLAMBAT!!!
Terlambat pergi sekolah takpe...
0 ulasan:
Catat Ulasan